Apa beza Herbal Egg dan Telur Biasa ?

Apa beza Herbal Egg dan Telur Biasa?

Kalau sebut telur, kebanyakan daripada kita akan terbayang telur rebus biasa, telur goreng ataupun telur dadar iaitu cara penyediaan biasa daripada kita untuk menikmati makanan dalam kehidupan seharian. Telur juga merupakan sumber protein bagi kita semua , sesuai untuk penjagaan badan yang sihat tetapi mengikut cara penyediaan yang betul. Namun ramai masyarakat yang taktahu tentang Herbal Egg iaitu telur yang direbus Bersama herba tradisional yang boleh membuatkan tubuh rasa lebih sihat dan ringan.

Persoalannya, apakah sebenarnya perbezaan antara Herbal Egg dan telur biasa?

1.Lebih Daripada Sekadar Telur Rebus Biasa
Kalau telur biasa, selalunya kita rebus je terus makan. Kadang goreng, buat sambal atau campur cheese macam trend zaman sekarang.

Herbal Egg pula lain sikit prosesnya. Telur ni akan direbus lama dan dicampurkan dengan campuran herba tradisional sampai aroma dan rasa herba tu betul-betul meresap ke dalam telur. Sebab tu bila makan, rasa dia lebih wangi, unik dan kaya dengan herba.

2.Sama macam Telur Pindang Johor ke ?
Haaa yang ni ramai yang compare, sebab nampak macam sama tapi bahan yang digunakan agak berlainan. Pengambilan Herbal Egg ini sudah lama diamalkan terutamanya dalam masyarakat Cina,seperti yang kita tahu penggunaan herba dalam makanan bukanlah sesuatu yang baharu bagi mereka. Sebab tu kalau lalu depan kedai makan cina mesti kita nampak mereka ada jual makanan berasakan herba. Contohnya yang popular sup herba ayam atau sup herba daging cina.

Untuk telur pindang pula, ia terkenal dalam budaya Melayu Johor terutamanya dalam majlis perkahwinan, majlis akikah dan sebagainya, menarik kan? Bezanya, telur pindang menggunakan campuran daun dan rempah tempatan tapi Herbal Egg lebih menonjolkan penggunakan herba tradisional Cina.

3. Hmmm tapi sedap ke sebenarnya Herbal Egg ni?

Jawapan paling tepat kena cuba sendiri. Ada yang suka bila pertama kali cuba sebab aroma dia yang unik berbanding dengan telur rebus biasa. Tapi yang pasti rasa dia memang tak sama dengan telur rebus biasa.

Lagipun, apa salahnya sekali sekala tukar selera?

Dan yang bestnya herbal Egg ni senang nak makan. Ada yang menikmati Herbal Egg sebagai snek ringan, ada juga yang buat sebagai pilihan sarapan atau makanan ketika dalam perjalanan. Kalau nak cari ramuan bungkusan Herbal Egg ni cari je kat mana-mana supermarket mesti ada jual. Kalua nak lagi mudah sebab malas nak keluar beli, boleh beli terus je guna jari dari sini Herbal Egg -Yew Chian Haw. Boleh sediakan juga untuk ahli keluarga rasa.

4. Tak rugi cuba SEBAB…

Pengambilan Herbal Egg pun banyak khasiatnya yang ramai taktahu, antaranya ialah untuk menyokong pengaliran darah yang baik, memberikan tenaga yang berpanjangan untuk kita kekal aktif, Herbal Egg juga boleh diambil untuk dijadikan diet seimbang tau. Bagus kan?

Kesimpulannya, tak rugi cuba sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya, bila orang tanya kita dah pernah cuba. Manala tahu bila cuba tu kena dengan citarasa kita. Tambah-tambah zaman sekarang sesuai sangat cuba dah makin banyak virus dan penyakit yang datang ni. Kenalah belajar juga makan herba-herba untuk tingkatkan lagi imun badan dan yang penting perlu amalkan gaya hidup sihat juga.

Herbal Egg 茶葉蛋

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping